Posts

Showing posts from 2011

Shōsan Ashraf :Maal Hijrah 1433

Selamat menyambut tahun Maal Hijrah 1433.  Marilah kita sama-sama memenuhkan masa kita dengan melakukan aktiviti yang berfaedah, tidak kira samada di luar rumah atau di dalam rumah kita. Bersama keluarga, rakan ataupun saudara-mara kita. Jangan lupa akan solat pada setiap waktu. Masih ingat lagi kan. Bermula awal pagi dengan Solat Subuh, diikuti dengan Solat Zuhur, Solat Asar, Solat Maghrib dan Solat Isyak. Dan digalakkan juga untuk melakukan solat-solat sunat. Ambil masa 5 minit sahaja. Kemudian kita sambung semula dengan kerja harian seperti biasa. P/S: Kepada yang sedang menjalani peperiksaan SPM, saya mengucapkan selamat berusaha dan berjaya dalam ujian yang kalian sedang hadapi. Semoga berjaya mendapat kejayaan dalam kerjaya dan pelajaran kelak. Sekian sahaja buat masa ini. Bye2... Wasalamun

Shosan Ashraf Berwajah Baru

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan2 bloger dan anda. Apa yang sedang anda lakukan sekarang...? Haha! Semuanya menjadi tanda tanya kan. Tidak kisah lah apa yang anda sedang buat pun, asalkan ianya berfaaedah dan berguna dalam mengisi masa anda. Sekarang blogspot ini telah diubahsai dengan warna dan imej yang lebih jitu. Biasalah, teknologi 4D kan dah keluar sekarang. Jadi, kenalah kita menggunakannya. Sia-sia jika ianya hanya dibazirkan begitu sahaja. Sekian sahaja buat masa ini, Wasalamun

Kursus PHP dan MySQL

Diadakan di UiTM Segamat, pada 19-21 Oktober 2011. Anjuran Unit Teknologi Maklumat UiTM Segamat. Dilaksanakan oleh pensyarah UiTM sendiri iaitu En.Mohd Lezam B. Lehat. Saya mengikuti kursus ini dari sesi pagi sehingga tengahhari mendapati banyak yang saya tidak tahu tentang html dan justeru itu setelah saya menghadiri kursus di sesi pagi. rupa-rupanya banyak perkara yang saya dapat belajar. Bukan itu sahaja malah PHP ini adalah dapat memberikan banyak coding dalam mengendalikan blog ini juga.. Ok, setakat itu dahulu... Sekian, Wasalamun

Iphone 4S

Image
Iphone 4S sudah ada di pasaran sejak September lalu. Dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan baru. Serta diperbaharui dengan megapiksel kamera 8.0. Dan sistem hubung (Bluetooth) yang lebih laju. Sistem audio juga ditambah dengan lebih base dan  sistem sentuh yang lebih selamat. Harga yang diletakkan adalah harga pasaran semasa. Boleh didapati dalam pakej Maxis juga. Untuk makluman anda sahaja...
Image
Dah lama tak menaip dalam blog ini sejak pulang dari Sabah dan tiada komputer dekstop di rumah. Dan akhirnya saya berjaya menaip semula di komputer hak milik sendirian berhad yang baru. Di sini saya letakkan gambar komputer yang telah saya ubahsuai.   CPU jenis Compaq dan Monitor pula jenis AOC 20".  Semasa saya membelinya, ia adalah free dos  dan hanya aksesori lain diberikan percuma. Dan ianya telah saya install dengan Windows 7 Ultimate, Genuine Pro Extended Purchased. Yang berharga RM220 secara online 3 bulan lalu. Dan komputer itu telah saya sambungkan dengan Hi-Fi rumah. Dengan fungsi audio yang hebat, saya telah mengubah sistem audio PC itu dengan menambah audio card. Memang terbaik ketika bermain permainan Need for Speed Most Wanted dan Warcraft V. Sekian sahaja kali ini. Wasalam.

Handphone

Image
Telefon bimbit yang telah ku miliki sejak waktu sekolah tingkatan 5 sehingga sekarang.

[23-09-2011 hingga 28-09-2011]

Image
   Cuti kali ini, saya telah mohon awal pada bulan April lalu. Dan telah diluluskan. Dan bila tarikh cuti itu....? [23-09-2011 hingga 28-09-2011] Inilah tarikh saya bercuti bersama ibu bapa serta keluarga kakak saya. Kebetulan masa booking penerbangan awal bulan Mac ada promosi. Bestnya, tak sabar rasanya untuk aku naik kapal terbang. Maklumlah kali pertama naik kapal terbang. Ok. itu sahaja buat kali ini.

PC DESKTOP

Image
Salam sejahtera buat semua bloger2 dan pelawat. PC Dekstop aku telah ku berikan kepada kakak. PC itu adalah PC lama yang telah aku modified . Dengan penambahan Memory dan Harddisk. Sudah dapat melajukan proses komputer itu dalam keadaan normal . Jika tidak, sebelum ini hanya mampu buat kerja-kerja pejabat sahaja. dengan penambahan yang telah dilakukan, ia mampu diletakkan game yang high perfomance . Mungkin selepas aku pulang dari bercuti ke Sabah, akan aku beli yang lain untuk aku juga. Mana boleh tahan, komputer dekstop tiada di rumah. Balik dari pejabat pun, mesti lah nak main game jugak. Bagi hilangkan keletihan dari tempat kerja.

Baju kurung tetapi jarang, apa motif pengeluarannya?

Image
Baju kurung tetapi jarang, apa motif pengeluarannya? Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu kita lagi dalam ruangan ShosanAshraf blogger. Apa pandangan anda mengenai isu wanita berbaju kurung!? Nampak ayu kan. Tetapi saya ada ternampak, ada juga yang memakai baju kurung, tetapi jarang. Dan menampakkan susuk tubuh beliau. Lagi memalukan jika mereka mengenakan coli@bra sahaja tanpa baju sampingan. Ish3.. Apalah nk jadi kan. teruk3.... Di sini saya ada sertakan beberapa gambar mengenai isu ini.. Saksikan.. Apalah nak jadi kan. Agaknya pereka fesyen ni adalah dari barat agaknya. Nak merosakkan imej muslimah kita. fikir-fikirkan, dan renung-renungkan yea...

Gambar Raya Hari ke-2

Image
Di Stesen Petronas Batu Anam, Segamat Mohammad Ashraf & Acta Kebetulan baju yang kami pakai pada hari tersebut, sama warna. Apa lagi ambil gambar... Yang ni telah di zoom kan ; Bila dah ada gambar ini, terus dibuat profile pitcure kat facebook.. Haha!

16 September Di Isytiharkan Cuti

Image
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan Hari Malaysia yang disambut setiap 16 September sempena penubuhan Persekutuan Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak pada 1963, sebagai cuti umum di seluruh negara mulai tahun 2011.

HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA KELUARGA

Image
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011, bersamaan 1432H Sekejap sahaja sudah 8 hari kita ber'Raya kan. Semua juadah yang istimewa terhidang sudah di semua rumah-rumah saudara dan kenalan kita. Ketupat, lemang, sata, tak lupa juga dengan lauk pauk rendang, lodeh dan macam-macam lagi. Kuih-muih yang bermacam aneka. Pelukan kemesraan bersama Abah tercinta Pelukan kemesraan bersama Emak tercinta Pelukan dan salam kemaafan bersama Abah dan Emak tidak dilupakan pada pagi Raya. Dengan ucapan "Selamat Hari Raya Emak/Abah, ampunkan segala dosa yang dilakukan oleh saya secara langsung atau tidak langsung. Halalkan lah makan dan minum saya selama ini. Adek doakan kesejahteraan dan kebahgiaan kepada Emak dan Abah di Dunia dan di Akhirat. Segala yang berlaku dengan ketentuanNya untuk kita, adek terima. Terima kasih atas jagaan Emak dan Abah selama ini. Selamat Hari Raya sekali lagi". Dengan ber'Raya bersama keluarga sebelah Abah, menambahkan lagi keseronokkan dan keriang

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011, 1432H

Image

Lagi beberapa untuk menyambut lebaran

Image
Hanya beberapa hari sahaja yang masih tinggal untuk kita berpuasa. Dan seterusnya kita menyambut Aidilfitri bersama keluarga, sanak-saudara, dan teman-teman. Dalam beberapa hari ini jugalah ramai yang sibuk dengan membeli barangan untuk Hari Raya kan. Sampai malam pun masih pergi belanja sana dan sini. Dan Solat Tarawih pula tidak dilaksanakan. Alangkah ruginya kita apabila tidak melakukan ibadah yang diharuskan olehNya. Alangkah beruntungnya sekiranya semuanya sama-sama melakukan Solat Tarawih.. Dah tentukan warna apa untuk Raya tahun nie..? Saya! Tak tahu lagi...sebabnya baju tahun yang lepas pun masih banyak, tak mahu untuk tahun ni. Oklah. Setakat ini dahulu.

Filem Seram yang manakah menjadi pilihan terbaik bagi Anda?

Image
Banyak-banyak filem yang terhasil di dalam negara dan di luar negeri sekarang ini, bnanyak menghasilkan filem yang berunsurkan seram.    Tetapi di dalam kehidupan saya sendiri, saya merasakan salah satu filem yang betul-betul membuatkan bulu roma saya naik dan membangkitkan rasa seram dalam diri ini. Filem yang berunsurkan seram ini pula dipertontonkan, dirungkai kisahnya dan seterusnya dipulihkan dengan cara ajaran agama Islam sendiri. Ini yang betul-betul menarik minat saya. Dan baru sahaja, saya selesai menonton filem seram tersebut. Filem tersebut bertajuk RASUK . Arahan S. Baldev Singh. Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 23 Jun 2011.       Sinopsis Filem Rasuk Sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan teguh dengan keceriaan penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati. Arman, seorang pengar

Ramadan Al-Mubarak

Image
Bermulanya bulan Ogos tahun ini, bermmulanya juga kita semua umat Islam berpuasa. Sama-samalah kita meraikan bulan Ramadan ini dengan amalan-amalan yang dituntut oleh para Nabi dan Rasul kita. Hentikan segala hasutan dan keji. Kurangkan tontonan televisyen, sukan, dan hiburan bagi kita ruang untuk beribadah lebih kepadaNya. Mohon keampunan dosa-dosa yang kita telah lakukan. Marilah bersama kita saling, bermaaf-maafan. Semoga bulan ini membawa keinsafan diri kita bersama. Segala yang hitam tidak  akan menjadi keperitan kelak.

Shōsan Ashraf : Streamyx Modem Rosak

Salam semua rakan-rakan blogger dan semuanya. Hari ini, streamyx modem kat rumah aku rosak pulak. Belum telefon TM lagi.. Apalah tetiba rosak ni. bulan-bulan aku bayar tau.Bulan-bulan RM58 tau... Takpe esok aku buat laporan. Harap-harap sebelum minggu depan dah okey.

Shōsan Ashraf : FACEBOOK

Image
Pastinya anda sekarang mempunyai akaun Facebook. Iaitu laman web sosial yang sedang hangat dikeluarkan di media massa dan juga di internet. Akaun Facebook sekarang menjadi perbualan apabila kita dengan secara atau dengan sengaja menemui rakan kita. Dan seterusnya akan menayakan pada mereka bahawa mereka mempunyai akaun tersebut atau tidak. Bukan setakat perseorangan, malah boleh mencipta syarikat atau iklan bagi mempromosikan penjualan barang-barang yang ingin dijual. Bukan itu sahaja, malah gambar profile di Facebook juga boleh ditukar tanpa hadnya. Serta ada juga rakan-rakan kita meletakkan nama samaran atau pendek, untuk menarik minat rakan mereka untuk menjadi rakan FB. FB-Facebook.

Shōsan Ashraf : Jawatan Kosong

Ada sesiapa saudara mara atau ahli keluarga anda ingin mencari pekerjaan. Nah ini dia, salah satu laman web yang dihasilkan khusus untuk semua yang ingin mencari pekerjaan. http://malaysiaterkini.info/   http://jawatankosongkerajaan.my/ http://malaysiajob.biz/ Semoga bantuan dari pautan laman web kerja kosong ini dapat menolong anda mencari peluang pekerjaan untuk ahli keluarga dan sanak saudara anda.

Shōsan Ashraf : Album Baru Wali Band 2011 - Aku Bukan Bang Toyib

Image
Akhirnya, salah satu band yang terkenal dengan lagu Cari Jodoh telah menghasilkan album baru pada tahun ini. Dan dalam pengisian genre baru dimasukkan ke dalam album yang baru dihasilkan ini. Lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini adalah : - Doaku Untukmu Sayang Langit Bumi Yang Penting Halal Sayang Lahir Batin Salam Rindu Aku Tidak Malu Masih Adakah Setia, Jujur dan taqa (SEJUTA) Nenekku Pahlawanku Aku bukanm Bang Toyib Klik pautan ini untuk ke saluran download album penuh  :   http://www.4shared.com/file/4_nzsqQ6/2011_Aku_Bukan_Bang_Toyib_-_Wa.html

Shōsan Ashraf : Muzik Indonesia pilihanku

Image
Antara kumpulan muzik Indonesia yang aku minat... Wali   Sulis Kangen Unggu Radja

Shōsan Ashraf : Baik Baik Sayang - Filem Wali Band

Image
Antara filem yang membuatku terharu dan menangis. "best bangat, deh". Nak menonton filem ini, download di pautan yang aku berikan ini yea.  http://www.teamaryzs.com/2011/06/baik-baik-sayang-2011-dvdrip-mkv.html  .  Berkisah tentang cinta dan kesetiakawanan anak-anak pesantren La Tansa, yaitu Apoy, Faank, Tomi dan Ovie. Empat pemuda yang memiliki minat sama terhadap musik itu sepakat membentuk sebuah group musik yang belakangan diklaim sebagai  band  WALI.

Shōsan.Ashraf : Salah Satu Cerita Anime Kesukaanku

Image
Cerita Anime kesukaan aku, Yakitake Japan. Yakitate ! Ja - pan ( 焼き たて ! ジャ ぱん ? , Yang bererti " yang baru sahaja Panggang ! Ja - pan " , yang " pan " juga bermaksud " roti " dalam bahasa Jepun ) adalah sebuah manga , dikarang oleh Takashi Hashiguchi , bersiri di Ahad ini Shogakukan Shonen , yang telah disesuaikan ke dalam satu siri televisyen anime oleh Sunrise. Manga Yakitate ! Ja - pan   telah menjangkau 25 jilid tankōbon , seperti Januari , 2007, manakala serialization mingguan manga telah berakhir pada 10 januari 2007 . Siri anime , disiarkan di TV Tokyo dan lain-lain stesen tempatan dari Oktober 2004 hingga Mac 2006, menjangkau sebanyak 69 episod . Siri ini dimenangi tahun 2003 Shogakukan Manga Award untuk manga Shonen yang terbaik. S iri manga kemudiannya dilesenkan oleh yakni Media untuk pengedaran di Amerika Utara . Apa yang boleh aku ceritakan ialah  aktor utamanya. Azum

Shōsan.Ashraf : Hujung Minggu, Sabtu

Image
Hujung minggu ini, aku merasakan lama sekali... Entah mengapa, mungkin kerana tidak melakukan banyak aktiviti luar. Dan yang aku lakukan hari ini adalah tengok tv, online, tengok anime kesukaan aku dan men download cerita-cerita baru yg ada di internet. Dan cerita yang aku selesai download sehingga petang tadi adalah filem Karak, arahan KRU Production. Nak tengok selepas selesai download, tapi keluarga kakak ada disini. Dari sumber sahabat aku, mereka menyatakan filem ini memang best kalau tengok di pagawam. Berbeza dengan filem seram yang lain-lain. Kerana sound background dan suara pelakon itu sendiri, sama sekali sama. Tidak seperti filem yang lain kerana kebanyakkan suara pelakon rendah dan bunyi latarbelakang lebih kuat dari suara mereka. Disebabkan itu suara para pelakon tidak jelas didengar. Malahan, banyak elemen-elemen grafik yang lebih cantik apabila scene pertama yang mengisahkan hantu itu memakan daging manusia. Dasyat.. Apa-apa pun nanti aku tengok jugak...

Shōsan.Ashraf : My Sister Daughter [ Wan Nusoybah]

Image

Shōsan.Ashraf : My Family Pitcure

Image

Shōsan.Ashraf : Samsung 500GB external HD percuma

Image
Terbaik......

Shōsan.Ashraf : Remaja Kini

Image
Sekarang ini media massa banyak menengahkan mengenai gejala sosial yang melampau. Lebih-lebih lagi dengan  remaja kini, dan yang tidak sedap kita mendengar ialah budak sekolah. Masing-masing diperlakukan dengan sengaja dan disengajakan oleh rakan-rakan sekolah mereka sendiri. Dan mengakibatkan keruntuhan moral dan pendidikan pelajar sekolah tersebut. Perlakuan ini seharusnya kita bendung dengan segera..bukannya mee segera yea..hehe!. Gurau ckit... Dan dengan itu hendaklah kita sebagai rakan, abang, ibu bapa, guru-guru dan sewaktu dengannya agar lebih mengawasi perilaku dan tingkah laku mereka ini... Semoga posting kali ini akan lebih memberikan impak yang maksima untuk kita semua..

Shōsan.Ashraf : Iphone 4

Image
Best Bro.... Akhirnya aku memiliki salah sebuah telefon bimbit berjenama Apple dan model iPhone 4G. Cuma sayangnya kawasan di Malaysia ini masih lagi menggunakan rangkaian 3G dan rangkaian 4G pula belum lagi dipertengahkan. Tapi yang seronoknya aku memiliki telefon bimbit yang dibeli dengan duit gaji aku sendiri dan yang pertama bernilai RM2800.00.

Shōsan.Ashraf : Khalifah - Ni Hao Ma

Image
Setelah 2 minggu aku membeli CD lagu dari album Khalifah ke-2, Ni Hao Ma. Lagu-lagu ini semuanya memang best bagi diriku. terutama sekali lagu Lagu Untuk Adinda. Ini dia senarai lagu-lagu dari album tersebut: Ni Hao Ma Cikgu Ayu Satu Hikayat Cinta Si Jantung Hati Yang Cantik Mungkinkah Jadi Nyata Cek Mek Molek Sayangilah Aku Wali Cinta Ampun Lagu Untuk Adinda Mahukan lagu-lagu tersebut, beli yang Original. Tak pun, boleh tengok kat laman web Youtube .

Shōsan.Ashraf : Perjalanan Alam Siber

Segalanya bermula di sini. Aku diajak sahabat untuk membuat blog seperti dia, namun aku masih lagi belum pandai mengendalikan blog ini. Dan dia dengan bersedia menerima untuk mengajar aku bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen yang ada. Dengan skill sahabat itu, aku pun memulakannya dengan berani dan tanpa melengahkan masa, terus melakukan posting yang pertama. Sahabatku berkata, "Boleh dah tu, kan. Nanti balik rumah sambung lagi, dan cubalah buat troubleshoot dan try and error. Tak salah untuk belajar dan mencuba benda baru ini. Walhal engkau kan juruteknik komputer, takkan tak tahu kot". Aku tersenyum hingga ke pipi. "Baiklah sahabat, akan aku praktikan post seterusnya di rumah. Kalau ada apa-apa aku telefon engkau yea", kata aku. "Boleh, no problemo ", katanya. Dan inilah blog yang akan aku praktikkan untuk menghasilkan karya aku di sini. Setakat di sini dahulu.

Shōsan.Ashraf : Pengenalan

Salam sejahtera kepada semua warga blogger.. Selamat datang ke blogger aNa AsHrAf. Saya sebagai pencipta dan peneraju akan menggunakan unsur-unsur elemen yang terbaik bagi memberikan semua seronok melayari blogger saya ini. Nama saya ialah Mohammad Ashraf Bin Abu Bakar dan dikenali di alam siber ini sebagai Shosan Ashraf. Berusia....calculate sendirilah December 1986. Saya berasal dari Segamat, Johor, Malaysia. Saya bekerja sebagai Juruteknik Komputer di salah sebuah institusi kerajaan di Malaysia iaitu UiTM (Universiti Teknologi MARA). Dan sudah bekerja selama 3 tahun. Berkelulusan Diploma Sains teknologi Maklumat di Hokkaido Institute of Technology, Japan. Dan Sijil teknologi Maklumat di Kolej Komuniti Segamat2, Malaysia. Sekian sahaja untuk permulaan di alam siber : blogger daripada saya. Diharap semua menyukainya.