Posts

Showing posts from August, 2011

Lagi beberapa untuk menyambut lebaran

Image
Hanya beberapa hari sahaja yang masih tinggal untuk kita berpuasa. Dan seterusnya kita menyambut Aidilfitri bersama keluarga, sanak-saudara, dan teman-teman. Dalam beberapa hari ini jugalah ramai yang sibuk dengan membeli barangan untuk Hari Raya kan. Sampai malam pun masih pergi belanja sana dan sini. Dan Solat Tarawih pula tidak dilaksanakan. Alangkah ruginya kita apabila tidak melakukan ibadah yang diharuskan olehNya. Alangkah beruntungnya sekiranya semuanya sama-sama melakukan Solat Tarawih.. Dah tentukan warna apa untuk Raya tahun nie..? Saya! Tak tahu lagi...sebabnya baju tahun yang lepas pun masih banyak, tak mahu untuk tahun ni. Oklah. Setakat ini dahulu.

Filem Seram yang manakah menjadi pilihan terbaik bagi Anda?

Image
Banyak-banyak filem yang terhasil di dalam negara dan di luar negeri sekarang ini, bnanyak menghasilkan filem yang berunsurkan seram.    Tetapi di dalam kehidupan saya sendiri, saya merasakan salah satu filem yang betul-betul membuatkan bulu roma saya naik dan membangkitkan rasa seram dalam diri ini. Filem yang berunsurkan seram ini pula dipertontonkan, dirungkai kisahnya dan seterusnya dipulihkan dengan cara ajaran agama Islam sendiri. Ini yang betul-betul menarik minat saya. Dan baru sahaja, saya selesai menonton filem seram tersebut. Filem tersebut bertajuk RASUK . Arahan S. Baldev Singh. Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 23 Jun 2011.       Sinopsis Filem Rasuk Sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan teguh dengan keceriaan penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati. Arman, seorang pengar

Ramadan Al-Mubarak

Image
Bermulanya bulan Ogos tahun ini, bermmulanya juga kita semua umat Islam berpuasa. Sama-samalah kita meraikan bulan Ramadan ini dengan amalan-amalan yang dituntut oleh para Nabi dan Rasul kita. Hentikan segala hasutan dan keji. Kurangkan tontonan televisyen, sukan, dan hiburan bagi kita ruang untuk beribadah lebih kepadaNya. Mohon keampunan dosa-dosa yang kita telah lakukan. Marilah bersama kita saling, bermaaf-maafan. Semoga bulan ini membawa keinsafan diri kita bersama. Segala yang hitam tidak  akan menjadi keperitan kelak.