Posts

Showing posts from September, 2011

Handphone

Image
Telefon bimbit yang telah ku miliki sejak waktu sekolah tingkatan 5 sehingga sekarang.

[23-09-2011 hingga 28-09-2011]

Image
   Cuti kali ini, saya telah mohon awal pada bulan April lalu. Dan telah diluluskan. Dan bila tarikh cuti itu....? [23-09-2011 hingga 28-09-2011] Inilah tarikh saya bercuti bersama ibu bapa serta keluarga kakak saya. Kebetulan masa booking penerbangan awal bulan Mac ada promosi. Bestnya, tak sabar rasanya untuk aku naik kapal terbang. Maklumlah kali pertama naik kapal terbang. Ok. itu sahaja buat kali ini.

PC DESKTOP

Image
Salam sejahtera buat semua bloger2 dan pelawat. PC Dekstop aku telah ku berikan kepada kakak. PC itu adalah PC lama yang telah aku modified . Dengan penambahan Memory dan Harddisk. Sudah dapat melajukan proses komputer itu dalam keadaan normal . Jika tidak, sebelum ini hanya mampu buat kerja-kerja pejabat sahaja. dengan penambahan yang telah dilakukan, ia mampu diletakkan game yang high perfomance . Mungkin selepas aku pulang dari bercuti ke Sabah, akan aku beli yang lain untuk aku juga. Mana boleh tahan, komputer dekstop tiada di rumah. Balik dari pejabat pun, mesti lah nak main game jugak. Bagi hilangkan keletihan dari tempat kerja.

Baju kurung tetapi jarang, apa motif pengeluarannya?

Image
Baju kurung tetapi jarang, apa motif pengeluarannya? Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu kita lagi dalam ruangan ShosanAshraf blogger. Apa pandangan anda mengenai isu wanita berbaju kurung!? Nampak ayu kan. Tetapi saya ada ternampak, ada juga yang memakai baju kurung, tetapi jarang. Dan menampakkan susuk tubuh beliau. Lagi memalukan jika mereka mengenakan coli@bra sahaja tanpa baju sampingan. Ish3.. Apalah nk jadi kan. teruk3.... Di sini saya ada sertakan beberapa gambar mengenai isu ini.. Saksikan.. Apalah nak jadi kan. Agaknya pereka fesyen ni adalah dari barat agaknya. Nak merosakkan imej muslimah kita. fikir-fikirkan, dan renung-renungkan yea...

Gambar Raya Hari ke-2

Image
Di Stesen Petronas Batu Anam, Segamat Mohammad Ashraf & Acta Kebetulan baju yang kami pakai pada hari tersebut, sama warna. Apa lagi ambil gambar... Yang ni telah di zoom kan ; Bila dah ada gambar ini, terus dibuat profile pitcure kat facebook.. Haha!

16 September Di Isytiharkan Cuti

Image
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan Hari Malaysia yang disambut setiap 16 September sempena penubuhan Persekutuan Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak pada 1963, sebagai cuti umum di seluruh negara mulai tahun 2011.

HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA KELUARGA

Image
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011, bersamaan 1432H Sekejap sahaja sudah 8 hari kita ber'Raya kan. Semua juadah yang istimewa terhidang sudah di semua rumah-rumah saudara dan kenalan kita. Ketupat, lemang, sata, tak lupa juga dengan lauk pauk rendang, lodeh dan macam-macam lagi. Kuih-muih yang bermacam aneka. Pelukan kemesraan bersama Abah tercinta Pelukan kemesraan bersama Emak tercinta Pelukan dan salam kemaafan bersama Abah dan Emak tidak dilupakan pada pagi Raya. Dengan ucapan "Selamat Hari Raya Emak/Abah, ampunkan segala dosa yang dilakukan oleh saya secara langsung atau tidak langsung. Halalkan lah makan dan minum saya selama ini. Adek doakan kesejahteraan dan kebahgiaan kepada Emak dan Abah di Dunia dan di Akhirat. Segala yang berlaku dengan ketentuanNya untuk kita, adek terima. Terima kasih atas jagaan Emak dan Abah selama ini. Selamat Hari Raya sekali lagi". Dengan ber'Raya bersama keluarga sebelah Abah, menambahkan lagi keseronokkan dan keriang

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011, 1432H

Image