Posts

Showing posts from June, 2012

Sejarah dalam hidupku berulang..

Image
Sejarah berulang semula..  Gege~ Tidur dengan masa yang tidak cukup kembali berulang kepada diriku. Kalau dahulu ketika sedang waktu belajar di Kolej. Tetapi 2-3 hari lepas pula sejak kenduri kahwin sepupu saya di kawasan Segamat sehingga lah ke hari ini. Pagi tadi okey jer.. Dah nak masuk tengah hari, mengantuk yg teramat. Balik rumah pun mkn jer, tido tak jugak. Baru nak dapat lelap dah lewat rupanya untuk saya ke pejabat semula sebelah petang. Terima kasih buat tunangku yang disayang, Nurnabilah. Kerana menghantar mesej dan terus membuatkan saya sedar untuk kembali ke pejabat. Bernasib baik juga lepas masuk kerja, kerana tiada laporan atau tugas yang perlu saya lakukan. Dan akhirnya saya ke blog bangunan bilik kuliah untuk memantau peralatan dalam keadaan mencukupi dan sempurna. Setakat ini sahaja dahulu.. Da..da..

Genap 6 bulan

Image
Salam sejahtera buat semua. Hari ini genaplah 6 bulan dari tarikh pertemuan antara saya bersama tunang tersayang. (4/12/2012) adalah tarikh bersejarah dalam hidup yang menemukan pasangan antara Mohammad Ashraf Bin Abu Bakar bersama Nurnabilah Binti Zolkiple. Masih lagi saya ingat ketika waktu pertemuan bersama Nurnabilah. Ketika itu saya dipanggil Emak. Emak saya sudah mengenali dia sebelum ini. Menunjukkan Nurnabilah yang sedang makan bersama keluarganya. Masa itu masih lagi samar-samar kerana kegelapan dilakukan oleh kemah. Dan akhirnya dapat melihat wajahnya di dalam rumah, kawasan ruang tamu. Kelu lidah untuk berkata.Hanya lah dapat mendengar suaranya dengan ucapan yang sungguh menyentap kalbu dan hati seterusnya ke minda...  "Minum abang", ucapan yang diberikan oleh Nurnabilah, yang sekarang sudah pun menjadi tunang saya. Elok-elok boleh bawa kereta dan teruskan perjalanan ke rumah kakak di Temerloh hanya sekejap sahaja. Kerana ayat yang diucapkan oleh Nurnabilah itu