Shōsan.Ashraf : Hujung Minggu, Sabtu

Hujung minggu ini, aku merasakan lama sekali... Entah mengapa, mungkin kerana tidak melakukan banyak aktiviti luar. Dan yang aku lakukan hari ini adalah tengok tv, online, tengok anime kesukaan aku dan mendownload cerita-cerita baru yg ada di internet. Dan cerita yang aku selesai download sehingga petang tadi adalah filem Karak, arahan KRU Production. Nak tengok selepas selesai download, tapi keluarga kakak ada disini.

Dari sumber sahabat aku, mereka menyatakan filem ini memang best kalau tengok di pagawam. Berbeza dengan filem seram yang lain-lain. Kerana sound background dan suara pelakon itu sendiri, sama sekali sama. Tidak seperti filem yang lain kerana kebanyakkan suara pelakon rendah dan bunyi latarbelakang lebih kuat dari suara mereka. Disebabkan itu suara para pelakon tidak jelas didengar. Malahan, banyak elemen-elemen grafik yang lebih cantik apabila scene pertama yang mengisahkan hantu itu memakan daging manusia. Dasyat..

Apa-apa pun nanti aku tengok jugak...

Popular posts from this blog

Baju kurung tetapi jarang, apa motif pengeluarannya?

Tarikh-tarikh yang penting bersama jelitaku, Nurnabilah Zolkiple