Filem Seram yang manakah menjadi pilihan terbaik bagi Anda?

Banyak-banyak filem yang terhasil di dalam negara dan di luar negeri sekarang ini, bnanyak menghasilkan filem yang berunsurkan seram. 
 
Tetapi di dalam kehidupan saya sendiri, saya merasakan salah satu filem yang betul-betul membuatkan bulu roma saya naik dan membangkitkan rasa seram dalam diri ini. Filem yang berunsurkan seram ini pula dipertontonkan, dirungkai kisahnya dan seterusnya dipulihkan dengan cara ajaran agama Islam sendiri. Ini yang betul-betul menarik minat saya. Dan baru sahaja, saya selesai menonton filem seram tersebut. Filem tersebut bertajuk RASUK. Arahan S. Baldev Singh. Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 23 Jun 2011.
 
 
 
Sinopsis Filem Rasuk
Sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan teguh dengan keceriaan penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati. Arman, seorang pengarah fotografi  bersama isterinya Melati, bersetuju untuk mendiami banglo tersebut yang cukup indah dan tenang jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Misteri bermula apabila Melati secara tidak sengaja telah terlanggar batu tanda yang terletak di kawasan rumah tersebut.
Setelah kejadian itu Melati berada dalam keadaan lemah dan mudah pengsan.
Pelbagai kejadian aneh juga berlaku selepas itu.  Zaiton, ibu Melati yang datang melawat Melati dan Arman telah meninggal dunia secara mengejut.  Kejadian itu benar-benar mengejutkan Melati dan Arman. Peristiwa itu juga umpama menghidupkan sesuatu yang sudah lama ‘mati’. Setelah kejadian itu, Melati banyak mengelamun dan berkhayal sendiri. Dia sebenarnya telah dirasuk oleh roh jahat yang cuba untuk membalas dendam yang secara tidak sengaja telah di’bangkit’kan oleh Melati. Keadaan bertambah rumit apabila Melati diganggu makhluk itu semasa ketiadaan Arman. Melati telah di cabul tanpa disedari. Akibat dari itu, Melati tidak bermaya dan tubuh badannya terdapat kesan-kesan lebam. Doktor berpendapat yang Melati miliki dua personaliti yang mana dia mampu mencederakan dirinya untuk kepuasan. Arman sama sekali menyangkal dakwaan itu. Arman yang keliru lalu menuduh semua yang berlaku adalah angkara Mail si tukang kebun. Namun begitu Melati menidakkannya kerana Mail membantunya ketika dia dalam keadaan di’ganggu’.

Ingin mengetahui kesudahan Filem ini. Tontonlah di pagawam dan beli DVD yang berlesen. Kerana apa yang akan dapat anda merasakan lebih adalah. Sound system dan graphic video yang lebih bagus.

Sekian untuk kali ini.

Popular posts from this blog

Baju kurung tetapi jarang, apa motif pengeluarannya?

Tarikh-tarikh yang penting bersama jelitaku, Nurnabilah Zolkiple