Shōsan.Ashraf : Perjalanan Alam Siber

Segalanya bermula di sini. Aku diajak sahabat untuk membuat blog seperti dia, namun aku masih lagi belum pandai mengendalikan blog ini. Dan dia dengan bersedia menerima untuk mengajar aku bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen yang ada. Dengan skill sahabat itu, aku pun memulakannya dengan berani dan tanpa melengahkan masa, terus melakukan posting yang pertama.

Sahabatku berkata, "Boleh dah tu, kan. Nanti balik rumah sambung lagi, dan cubalah buat troubleshoot dan try and error. Tak salah untuk belajar dan mencuba benda baru ini. Walhal engkau kan juruteknik komputer, takkan tak tahu kot". Aku tersenyum hingga ke pipi. "Baiklah sahabat, akan aku praktikan post seterusnya di rumah. Kalau ada apa-apa aku telefon engkau yea", kata aku. "Boleh, no problemo", katanya.

Dan inilah blog yang akan aku praktikkan untuk menghasilkan karya aku di sini. Setakat di sini dahulu.

Popular posts from this blog

Baju kurung tetapi jarang, apa motif pengeluarannya?

Tarikh-tarikh yang penting bersama jelitaku, Nurnabilah Zolkiple