Posts

Showing posts from January, 2012

Ikhlas dari hati seorang kekasih.

Image
Wahai kekasihku, Janganlah dikau menduga dan sangsi tentang diriku, dan janganlah dikau menguji diriku diluar batasan kemampuan ku Diriku hanyalah insan biasa, Bukan seorang yang memiliki semuanya Jika dirimu sudi menemaniku, Seumur hidup bersama, Kongsikan lah segala pengalaman dirimu dahulu kepadaku, dan akan ku juga ceritakan pengalaman diriku dahulu sebelum bertemu dengan dirimu. Jika diriku ini mempunyai kesalahan bila bersamamu, beritahu kepadaku atau ibu bapaku. Agar aku tidak lalai apabila menjadi Supaya tiada perbalahan kelak yang akan menimpa semasa kita bersama Marilah kita bersama-sama memohon doa kepadaNya, Semoga jodoh kita berkekalan hendaknya, dan tiada halangan yang berlaku. Ya Allah, Ya Tuhan ku, sesungguhnya kepadaMu aku memohon perlindungan, dan kesejahteraan untuk diriku, ibu bapaku serta seluruh umatMu. Terima lah segala amalan kami Ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan ku, tetapkan lah iman kami. Mohon kepadaMu agar upacara majlis pertunangan dan perkahwinan kami in

Pertemuan Diriku bersama dengan Sidia

Jodoh dan Pertemuan Fasa  pertama; Mesej, lepas itu membuat panggilan. Kemudian berjumpa. Berjumpa dengan si dia bersama ibu bapanya bersama keluarga. Fasa kedua; Merisik. Fasa ketiga; Bertunang Fasa ke empat atau terakhir; Nikah dan seterusnya bersanding. *Menjadi pasangan raja sehari. Perkataan yang tidak digelapkan itu sudah pun berjalan dan direncana. "Yang saya boldkan pula adalah yang masih belum lagi ditemeterai lg. On the way, kata ko" 4hb Disember 2011, detik diriku mula mesej dengan si dia, 10hb Disember 2011, berjumpa pandangan kali pertama, 29hb Januari 2012, merisik si dia, Tarikh yang direncana: 12hb Februari 2012, bertunang, dan 15,16, dan 17 majlis pernikahan dan persandingan. Nak tahu nama beliau, nanti dulu. Belum masanya. Lepas bertunang akan ku nyatakan di sini.

Tahun 2012

Selamat menyambut tahun baru 2012 untuk semua warga alam blogger dan pengunjung. Semoga dengan tahun baru yang kita jalani sekarang ini, kita dapat harungi dan menggunakan masa yang diberi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Dengan itu, kita tidaklah membuang masa itu dengan begitu sahaja kan. Saya ada serangkap pantun untuk kalian semua. Hari Raya mohon kemaafan, Dengan bersalaman ayah dan ibu, Selamat tahun baru saya ucapkan, Semoga semua yang kita lakukan disyukuri olehNya selalu. Sekian.