Posts

Sejarah dalam hidupku berulang..

Image
Sejarah berulang semula..  Gege~ Tidur dengan masa yang tidak cukup kembali berulang kepada diriku. Kalau dahulu ketika sedang waktu belajar di Kolej. Tetapi 2-3 hari lepas pula sejak kenduri kahwin sepupu saya di kawasan Segamat sehingga lah ke hari ini. Pagi tadi okey jer.. Dah nak masuk tengah hari, mengantuk yg teramat. Balik rumah pun mkn jer, tido tak jugak. Baru nak dapat lelap dah lewat rupanya untuk saya ke pejabat semula sebelah petang. Terima kasih buat tunangku yang disayang, Nurnabilah. Kerana menghantar mesej dan terus membuatkan saya sedar untuk kembali ke pejabat. Bernasib baik juga lepas masuk kerja, kerana tiada laporan atau tugas yang perlu saya lakukan. Dan akhirnya saya ke blog bangunan bilik kuliah untuk memantau peralatan dalam keadaan mencukupi dan sempurna. Setakat ini sahaja dahulu.. Da..da..

Genap 6 bulan

Image
Salam sejahtera buat semua. Hari ini genaplah 6 bulan dari tarikh pertemuan antara saya bersama tunang tersayang. (4/12/2012) adalah tarikh bersejarah dalam hidup yang menemukan pasangan antara Mohammad Ashraf Bin Abu Bakar bersama Nurnabilah Binti Zolkiple. Masih lagi saya ingat ketika waktu pertemuan bersama Nurnabilah. Ketika itu saya dipanggil Emak. Emak saya sudah mengenali dia sebelum ini. Menunjukkan Nurnabilah yang sedang makan bersama keluarganya. Masa itu masih lagi samar-samar kerana kegelapan dilakukan oleh kemah. Dan akhirnya dapat melihat wajahnya di dalam rumah, kawasan ruang tamu. Kelu lidah untuk berkata.Hanya lah dapat mendengar suaranya dengan ucapan yang sungguh menyentap kalbu dan hati seterusnya ke minda...  "Minum abang", ucapan yang diberikan oleh Nurnabilah, yang sekarang sudah pun menjadi tunang saya. Elok-elok boleh bawa kereta dan teruskan perjalanan ke rumah kakak di Temerloh hanya sekejap sahaja. Kerana ayat yang diucapkan oleh Nurnabilah itu ...

30 Mei 2012

Image
Satu tarikh yang membuatkan aku menjadi tidak tentu setelah tidur dengan tidak lena mengenangkan seorang yang telah menjadi penyeri hidupku. Mimpi yang teramat memberikan kesan yang amat mendalam telah membuatkan daku melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan daku sendiri. Sanggup menjumpai dirinya di sana semata-mata untuk memastikan dirinya dalam keadaan sihat dan baik-baik. Alhamdulillah, -syukur kepada Allah. Kembali tenang jiwa ku setelah menemui dirinya. Dirinya dan keluarganya juga tidak menjangkakan ketibaan daku di sana. Tetapi itulah saat yang tidak akan aku lupakan... keceriaan diwajahnya dan manis wajahnya membuat hati ini kembali tenang dan gembira. Ayu nya wajah tunangku Nurnabilah ketika itu. Hanya Allah sahaja yang mengetahui kasih sayang dicipta olehNya bagi diriku untuk sidia.. mmbuak-buak dan bergelora. Mungkin inilah dikatakan kasih sayang antara pasangan yang baru bercinta dan sedang bercinta. Sungguh besar perasaan yang dicipta oleh Allah S.W.T.ini. Tidak akan ...

A memorial between me and my fiancee..

Image
What a beautiful couple, right..

A flower from me to you

Image
 Terima lah bunga ini tanda mohon maaf dan sayang kepadamu Nur, tunangku. Saya melakukan kesalahan tanpa saya sedari sendiri. Dan sekiranya selepas ini berlaku lagi, harap Nur dapat menegur akan kesilapan yang saya lakukan ini.  _________________________________________________________________________________ Terima kasih atas makanan yang Nur berikan malam ini, mee hailam yang sedap. Licin kan saya makan. Sedap. Terima kasih juga kerana menerima kemaafan dan senyuman Nur telah membuatkan saya terus membuatkan saya tenang dan selera makan ada semula. Nur'ku Sayang, saya sayang Nur sepenuh hati.

Pertemuan Diriku bersama dengan Sidia Part 2

Image
Salam sayang buat semua... Kalau part satu dahulu saya ada meletakkan tarikh bersejarah dalam hidup bersama orang yang saya sayangi kan. Hah! Yang ni nak menambah lagi.. Saksikan yea.. 4hb Disember 2011, detik diriku mula mesej dengan si dia, 10hb Disember 2011, berjumpa pandangan kali pertama, 29hb Januari 2012, merisik si dia, Tarikh yang direncana: 12hb Februari 2012, bertunang, Yang ni nak tambah.. 30hb April 2012, selesai bab hiv test dan pejabat agama untuk perkahwinan ini. 1hb Mei 2012, pertama kalinya aku bersama tunangku karaoke.. Juga bersama sepupuku yang hanya dikenali sebagai Yun.. Sekian utntuk kali ini.. Wasalamun.

Buatmu tunangku

Image
Salam sayang buatmu Nurnabilah binti Zolkiple. Terima kasih kerana sudi mengambil diri ini sebagai teman hidupmu. Teima kasih banyak-banyak yang tidak terhingga kerana mengambil diriku ini yang dalam serba kekurangan. Hanya yang mampu ku meluahkan di sini adalah kerana ku ingin kau tahu, bahawa diri ku ini sudah mencintai dirimu. Hanya dirimu yang mampu mengubah persepsi dan perilaku diri ini. Sebak terasa di dadaku apabila tahu mengetahui dirimu sakit pada suatu masa lalu, hingga mengalir air mataku kerna dirimu. Ternyata hanyalah dirimu yang akan memberikan diriku sejuta kasih dan sayang. Ku ingin kan kau selalu bersama diriku, supaya kita terus bersama. Jangan lah kau pernah pergi meninggalkan diriku, andainya aku melakukan sesuatu kesalahan. Berikanlah penjelasan kepada ku anadainya masalah yang telah ku timbulkan kan itu. Diriku ini sanggup menerima nya dan akan memulihkan semula keadaan yang telah mengeruhkan suasana apabila berlaku keselisihan faham. Andai diri mu tahu, ku sela...