Genap 6 bulan

Salam sejahtera buat semua. Hari ini genaplah 6 bulan dari tarikh pertemuan antara saya bersama tunang tersayang. (4/12/2012) adalah tarikh bersejarah dalam hidup yang menemukan pasangan antara Mohammad Ashraf Bin Abu Bakar bersama Nurnabilah Binti Zolkiple.

Masih lagi saya ingat ketika waktu pertemuan bersama Nurnabilah. Ketika itu saya dipanggil Emak. Emak saya sudah mengenali dia sebelum ini. Menunjukkan Nurnabilah yang sedang makan bersama keluarganya. Masa itu masih lagi samar-samar kerana kegelapan dilakukan oleh kemah. Dan akhirnya dapat melihat wajahnya di dalam rumah, kawasan ruang tamu. Kelu lidah untuk berkata.Hanya lah dapat mendengar suaranya dengan ucapan yang sungguh menyentap kalbu dan hati seterusnya ke minda...  "Minum abang", ucapan yang diberikan oleh Nurnabilah, yang sekarang sudah pun menjadi tunang saya. Elok-elok boleh bawa kereta dan teruskan perjalanan ke rumah kakak di Temerloh hanya sekejap sahaja. Kerana ayat yang diucapkan oleh Nurnabilah itu telah membuatkan saya tidak keruan dan angau lar..senang cerita.

Dan dari satu demi satu langkah yang diambil dalam perhubungan persahabatan kami, akhirnya saya telah merisik serta masuk meminang beliau. Alhamdulillah segala urusan merisik dan bertunang berjalan dengan lancar.

Hari ini adalah 4 Jun 2012. 15 Jun ini pula adalah detik yang dinantikan oleh Allah dimana kami akan disahkan menjadi pasangan halal yang ditentukanNya. Dengan doa yang sering dan akan sentiasa saya lafazkan, semoga urusan perkahwinan kami berjalan lancar di atas keberkatan olehNya.

~Amin

Popular posts from this blog

Baju kurung tetapi jarang, apa motif pengeluarannya?

Tarikh-tarikh yang penting bersama jelitaku, Nurnabilah Zolkiple