Ikhlas dari hati seorang kekasih.


Wahai kekasihku,
Janganlah dikau menduga dan sangsi tentang diriku,
dan janganlah dikau menguji diriku diluar batasan kemampuan ku

Diriku hanyalah insan biasa,
Bukan seorang yang memiliki semuanya

Jika dirimu sudi menemaniku,
Seumur hidup bersama,
Kongsikan lah segala pengalaman dirimu dahulu kepadaku,
dan akan ku juga ceritakan pengalaman diriku dahulu sebelum bertemu dengan dirimu.
Jika diriku ini mempunyai kesalahan bila bersamamu, beritahu kepadaku atau ibu bapaku. Agar aku tidak lalai apabila menjadi
Supaya tiada perbalahan kelak yang akan menimpa semasa kita bersama

Marilah kita bersama-sama memohon doa kepadaNya,
Semoga jodoh kita berkekalan hendaknya,
dan tiada halangan yang berlaku.

Ya Allah, Ya Tuhan ku, sesungguhnya kepadaMu aku memohon perlindungan, dan kesejahteraan untuk diriku, ibu bapaku serta seluruh umatMu. Terima lah segala amalan kami Ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan ku, tetapkan lah iman kami. Mohon kepadaMu agar upacara majlis pertunangan dan perkahwinan kami ini berjalan dengan lancar.
Ya Rahman(Maha Pemurah), Ya Rahim(Maha Mengasihani).
Amin~ Ya Rab'bal Al Amin.

Popular posts from this blog

Baju kurung tetapi jarang, apa motif pengeluarannya?

Tarikh-tarikh yang penting bersama jelitaku, Nurnabilah Zolkiple