Posts

Pemberitahuan Mengenai Facebook Status

PERHATIAN! UNTUK SAYA DAN SEMUA., Ada yang perlu dan ada juga yang tidak perlu kita maklumkan kepada semua di facebook ini. Bila ada kesilapan dalam memberi kenyataan bukan anda sahaja yang dapat malu malah semua rakan dan saudara mara serta keluarga dapat malu. Ingat, jangan sesekali melakukan kesilapan dalam mempebaharui status anda. P/S: Kerana semua rakan-rakan dan saudara mara sudah link dengan akaun facebook anda. Jaga-jaga tau.

Status Pemilik Blog

Image
SUDAH MENJADI TUNANGAN ORANG ("DARAH MANIS TUU..")

Ikhlas dari hati seorang kekasih.

Image
Wahai kekasihku, Janganlah dikau menduga dan sangsi tentang diriku, dan janganlah dikau menguji diriku diluar batasan kemampuan ku Diriku hanyalah insan biasa, Bukan seorang yang memiliki semuanya Jika dirimu sudi menemaniku, Seumur hidup bersama, Kongsikan lah segala pengalaman dirimu dahulu kepadaku, dan akan ku juga ceritakan pengalaman diriku dahulu sebelum bertemu dengan dirimu. Jika diriku ini mempunyai kesalahan bila bersamamu, beritahu kepadaku atau ibu bapaku. Agar aku tidak lalai apabila menjadi Supaya tiada perbalahan kelak yang akan menimpa semasa kita bersama Marilah kita bersama-sama memohon doa kepadaNya, Semoga jodoh kita berkekalan hendaknya, dan tiada halangan yang berlaku. Ya Allah, Ya Tuhan ku, sesungguhnya kepadaMu aku memohon perlindungan, dan kesejahteraan untuk diriku, ibu bapaku serta seluruh umatMu. Terima lah segala amalan kami Ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan ku, tetapkan lah iman kami. Mohon kepadaMu agar upacara majlis pertunangan dan perkahwinan kami in...

Pertemuan Diriku bersama dengan Sidia

Jodoh dan Pertemuan Fasa  pertama; Mesej, lepas itu membuat panggilan. Kemudian berjumpa. Berjumpa dengan si dia bersama ibu bapanya bersama keluarga. Fasa kedua; Merisik. Fasa ketiga; Bertunang Fasa ke empat atau terakhir; Nikah dan seterusnya bersanding. *Menjadi pasangan raja sehari. Perkataan yang tidak digelapkan itu sudah pun berjalan dan direncana. "Yang saya boldkan pula adalah yang masih belum lagi ditemeterai lg. On the way, kata ko" 4hb Disember 2011, detik diriku mula mesej dengan si dia, 10hb Disember 2011, berjumpa pandangan kali pertama, 29hb Januari 2012, merisik si dia, Tarikh yang direncana: 12hb Februari 2012, bertunang, dan 15,16, dan 17 majlis pernikahan dan persandingan. Nak tahu nama beliau, nanti dulu. Belum masanya. Lepas bertunang akan ku nyatakan di sini.

Tahun 2012

Selamat menyambut tahun baru 2012 untuk semua warga alam blogger dan pengunjung. Semoga dengan tahun baru yang kita jalani sekarang ini, kita dapat harungi dan menggunakan masa yang diberi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Dengan itu, kita tidaklah membuang masa itu dengan begitu sahaja kan. Saya ada serangkap pantun untuk kalian semua. Hari Raya mohon kemaafan, Dengan bersalaman ayah dan ibu, Selamat tahun baru saya ucapkan, Semoga semua yang kita lakukan disyukuri olehNya selalu. Sekian.

Shōsan Ashraf :Maal Hijrah 1433

Selamat menyambut tahun Maal Hijrah 1433.  Marilah kita sama-sama memenuhkan masa kita dengan melakukan aktiviti yang berfaedah, tidak kira samada di luar rumah atau di dalam rumah kita. Bersama keluarga, rakan ataupun saudara-mara kita. Jangan lupa akan solat pada setiap waktu. Masih ingat lagi kan. Bermula awal pagi dengan Solat Subuh, diikuti dengan Solat Zuhur, Solat Asar, Solat Maghrib dan Solat Isyak. Dan digalakkan juga untuk melakukan solat-solat sunat. Ambil masa 5 minit sahaja. Kemudian kita sambung semula dengan kerja harian seperti biasa. P/S: Kepada yang sedang menjalani peperiksaan SPM, saya mengucapkan selamat berusaha dan berjaya dalam ujian yang kalian sedang hadapi. Semoga berjaya mendapat kejayaan dalam kerjaya dan pelajaran kelak. Sekian sahaja buat masa ini. Bye2... Wasalamun

Shosan Ashraf Berwajah Baru

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan2 bloger dan anda. Apa yang sedang anda lakukan sekarang...? Haha! Semuanya menjadi tanda tanya kan. Tidak kisah lah apa yang anda sedang buat pun, asalkan ianya berfaaedah dan berguna dalam mengisi masa anda. Sekarang blogspot ini telah diubahsai dengan warna dan imej yang lebih jitu. Biasalah, teknologi 4D kan dah keluar sekarang. Jadi, kenalah kita menggunakannya. Sia-sia jika ianya hanya dibazirkan begitu sahaja. Sekian sahaja buat masa ini, Wasalamun