Posts

Shōsan Ashraf :Maal Hijrah 1433

Selamat menyambut tahun Maal Hijrah 1433.  Marilah kita sama-sama memenuhkan masa kita dengan melakukan aktiviti yang berfaedah, tidak kira samada di luar rumah atau di dalam rumah kita. Bersama keluarga, rakan ataupun saudara-mara kita. Jangan lupa akan solat pada setiap waktu. Masih ingat lagi kan. Bermula awal pagi dengan Solat Subuh, diikuti dengan Solat Zuhur, Solat Asar, Solat Maghrib dan Solat Isyak. Dan digalakkan juga untuk melakukan solat-solat sunat. Ambil masa 5 minit sahaja. Kemudian kita sambung semula dengan kerja harian seperti biasa. P/S: Kepada yang sedang menjalani peperiksaan SPM, saya mengucapkan selamat berusaha dan berjaya dalam ujian yang kalian sedang hadapi. Semoga berjaya mendapat kejayaan dalam kerjaya dan pelajaran kelak. Sekian sahaja buat masa ini. Bye2... Wasalamun

Shosan Ashraf Berwajah Baru

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan2 bloger dan anda. Apa yang sedang anda lakukan sekarang...? Haha! Semuanya menjadi tanda tanya kan. Tidak kisah lah apa yang anda sedang buat pun, asalkan ianya berfaaedah dan berguna dalam mengisi masa anda. Sekarang blogspot ini telah diubahsai dengan warna dan imej yang lebih jitu. Biasalah, teknologi 4D kan dah keluar sekarang. Jadi, kenalah kita menggunakannya. Sia-sia jika ianya hanya dibazirkan begitu sahaja. Sekian sahaja buat masa ini, Wasalamun

Kursus PHP dan MySQL

Diadakan di UiTM Segamat, pada 19-21 Oktober 2011. Anjuran Unit Teknologi Maklumat UiTM Segamat. Dilaksanakan oleh pensyarah UiTM sendiri iaitu En.Mohd Lezam B. Lehat. Saya mengikuti kursus ini dari sesi pagi sehingga tengahhari mendapati banyak yang saya tidak tahu tentang html dan justeru itu setelah saya menghadiri kursus di sesi pagi. rupa-rupanya banyak perkara yang saya dapat belajar. Bukan itu sahaja malah PHP ini adalah dapat memberikan banyak coding dalam mengendalikan blog ini juga.. Ok, setakat itu dahulu... Sekian, Wasalamun

Iphone 4S

Image
Iphone 4S sudah ada di pasaran sejak September lalu. Dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan baru. Serta diperbaharui dengan megapiksel kamera 8.0. Dan sistem hubung (Bluetooth) yang lebih laju. Sistem audio juga ditambah dengan lebih base dan  sistem sentuh yang lebih selamat. Harga yang diletakkan adalah harga pasaran semasa. Boleh didapati dalam pakej Maxis juga. Untuk makluman anda sahaja...
Image
Dah lama tak menaip dalam blog ini sejak pulang dari Sabah dan tiada komputer dekstop di rumah. Dan akhirnya saya berjaya menaip semula di komputer hak milik sendirian berhad yang baru. Di sini saya letakkan gambar komputer yang telah saya ubahsuai.   CPU jenis Compaq dan Monitor pula jenis AOC 20".  Semasa saya membelinya, ia adalah free dos  dan hanya aksesori lain diberikan percuma. Dan ianya telah saya install dengan Windows 7 Ultimate, Genuine Pro Extended Purchased. Yang berharga RM220 secara online 3 bulan lalu. Dan komputer itu telah saya sambungkan dengan Hi-Fi rumah. Dengan fungsi audio yang hebat, saya telah mengubah sistem audio PC itu dengan menambah audio card. Memang terbaik ketika bermain permainan Need for Speed Most Wanted dan Warcraft V. Sekian sahaja kali ini. Wasalam.

Handphone

Image
Telefon bimbit yang telah ku miliki sejak waktu sekolah tingkatan 5 sehingga sekarang.

[23-09-2011 hingga 28-09-2011]

Image
   Cuti kali ini, saya telah mohon awal pada bulan April lalu. Dan telah diluluskan. Dan bila tarikh cuti itu....? [23-09-2011 hingga 28-09-2011] Inilah tarikh saya bercuti bersama ibu bapa serta keluarga kakak saya. Kebetulan masa booking penerbangan awal bulan Mac ada promosi. Bestnya, tak sabar rasanya untuk aku naik kapal terbang. Maklumlah kali pertama naik kapal terbang. Ok. itu sahaja buat kali ini.