Posts

TAHUN 2015

Image
Telah lama menyepi Hasrat hati tidak mahu menaip lagi Tetapi apakan daya hati ini Masih terbuka untuk menaip blog di sini. Hai Semua.. Semoga sihat dan ceria selalu. Mesti sedang senyum kan. Mestilah, sebab senyum itu kan cantik serta mendapat pahala lagi. Di tahun baru ini, saya ingin memohon maaf jika ada apa2 yang kosong selama beberapa bulan di blog ini. Iya lah kan, bila dah ada kerjaya yang bertambah dan keluarga baru ni semua kerja di blog ini memang betul-betul tergendala. So, rasanya hold on lah sekejap untuk selenggara blog ini. Disebabkan itulah rasanya tahun baru 2015 ini nak buka lembaran baru untuk blog ini. Biar interface biasa-biasa tetapi isinya yang bagus-bagus. Okey lah, setakat itu sahaja buat kali ini. Nanti saya akan update'kan cerita diari di blog ini ya.. Bye2, SaYonarA.. ツツツツツツツツツツツツツツツツツツツツツツツツツツツツツツツツツツツツツツツ

NURNABILAH BINTI ZOLKIPLE, PEMASIURI DUNIA & SYURGA'KU

Image
Kekasih sejati.  Engkau tetapku sanjungi. Insan Mithali, kasih Sejati.

Gambar bulan madu.. Chengdu, China.

Image
        Untuk Gambar Yang Lain, Klik Link Di Bawah Ini Yea.. Mekasih. https://www.facebook.com/media/set/?set=a.453477218049768.106326.100001624825005&type=1&l=c956f43a78

Tarikh-tarikh yang penting bersama jelitaku, Nurnabilah Zolkiple

Image
4hb Disember 2011, detik diriku mula mesej dengan si dia, (mukadimah) 10hb Disember 2011, berjumpa pandangan kali pertama, 29hb Januari 2012, merisik si dia, 12hb Februari 2012, bertunang, Akhirnya 15hb Jun 2012, tanggal akad nikah diriku bersama sidia yang sekarang sudah bergelar suami isteri. Alhamdulillah.. majlis semua berjalan dengan lancaar dengan izinNya. Nurnabilah, Abang saya pada Sayang

Sejarah dalam hidupku berulang..

Image
Sejarah berulang semula..  Gege~ Tidur dengan masa yang tidak cukup kembali berulang kepada diriku. Kalau dahulu ketika sedang waktu belajar di Kolej. Tetapi 2-3 hari lepas pula sejak kenduri kahwin sepupu saya di kawasan Segamat sehingga lah ke hari ini. Pagi tadi okey jer.. Dah nak masuk tengah hari, mengantuk yg teramat. Balik rumah pun mkn jer, tido tak jugak. Baru nak dapat lelap dah lewat rupanya untuk saya ke pejabat semula sebelah petang. Terima kasih buat tunangku yang disayang, Nurnabilah. Kerana menghantar mesej dan terus membuatkan saya sedar untuk kembali ke pejabat. Bernasib baik juga lepas masuk kerja, kerana tiada laporan atau tugas yang perlu saya lakukan. Dan akhirnya saya ke blog bangunan bilik kuliah untuk memantau peralatan dalam keadaan mencukupi dan sempurna. Setakat ini sahaja dahulu.. Da..da..

Genap 6 bulan

Image
Salam sejahtera buat semua. Hari ini genaplah 6 bulan dari tarikh pertemuan antara saya bersama tunang tersayang. (4/12/2012) adalah tarikh bersejarah dalam hidup yang menemukan pasangan antara Mohammad Ashraf Bin Abu Bakar bersama Nurnabilah Binti Zolkiple. Masih lagi saya ingat ketika waktu pertemuan bersama Nurnabilah. Ketika itu saya dipanggil Emak. Emak saya sudah mengenali dia sebelum ini. Menunjukkan Nurnabilah yang sedang makan bersama keluarganya. Masa itu masih lagi samar-samar kerana kegelapan dilakukan oleh kemah. Dan akhirnya dapat melihat wajahnya di dalam rumah, kawasan ruang tamu. Kelu lidah untuk berkata.Hanya lah dapat mendengar suaranya dengan ucapan yang sungguh menyentap kalbu dan hati seterusnya ke minda...  "Minum abang", ucapan yang diberikan oleh Nurnabilah, yang sekarang sudah pun menjadi tunang saya. Elok-elok boleh bawa kereta dan teruskan perjalanan ke rumah kakak di Temerloh hanya sekejap sahaja. Kerana ayat yang diucapkan oleh Nurnabilah itu ...

30 Mei 2012

Image
Satu tarikh yang membuatkan aku menjadi tidak tentu setelah tidur dengan tidak lena mengenangkan seorang yang telah menjadi penyeri hidupku. Mimpi yang teramat memberikan kesan yang amat mendalam telah membuatkan daku melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan daku sendiri. Sanggup menjumpai dirinya di sana semata-mata untuk memastikan dirinya dalam keadaan sihat dan baik-baik. Alhamdulillah, -syukur kepada Allah. Kembali tenang jiwa ku setelah menemui dirinya. Dirinya dan keluarganya juga tidak menjangkakan ketibaan daku di sana. Tetapi itulah saat yang tidak akan aku lupakan... keceriaan diwajahnya dan manis wajahnya membuat hati ini kembali tenang dan gembira. Ayu nya wajah tunangku Nurnabilah ketika itu. Hanya Allah sahaja yang mengetahui kasih sayang dicipta olehNya bagi diriku untuk sidia.. mmbuak-buak dan bergelora. Mungkin inilah dikatakan kasih sayang antara pasangan yang baru bercinta dan sedang bercinta. Sungguh besar perasaan yang dicipta oleh Allah S.W.T.ini. Tidak akan ...