JEREBU Jerebu dalam bahasa inggeris ialah HAZE Apakah Jerebu ? Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar. Punca - punca Jerebu Punca utama jerebu adalah akibat daripada : Pembakaran Secara Terbuka Asap Dari Kilang Asap Dari Kenderaan Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada: Kanak-kanak Orang tua Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain Perokok Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah: Iritasi kerongkong dan batuk-batuk Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat Iritasi di mata ...