30 Mei 2012
Satu tarikh yang membuatkan aku menjadi tidak tentu setelah tidur dengan tidak lena mengenangkan seorang yang telah menjadi penyeri hidupku. Mimpi yang teramat memberikan kesan yang amat mendalam telah membuatkan daku melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan daku sendiri. Sanggup menjumpai dirinya di sana semata-mata untuk memastikan dirinya dalam keadaan sihat dan baik-baik. Alhamdulillah, -syukur kepada Allah. Kembali tenang jiwa ku setelah menemui dirinya. Dirinya dan keluarganya juga tidak menjangkakan ketibaan daku di sana. Tetapi itulah saat yang tidak akan aku lupakan... keceriaan diwajahnya dan manis wajahnya membuat hati ini kembali tenang dan gembira. Ayu nya wajah tunangku Nurnabilah ketika itu. Hanya Allah sahaja yang mengetahui kasih sayang dicipta olehNya bagi diriku untuk sidia.. mmbuak-buak dan bergelora. Mungkin inilah dikatakan kasih sayang antara pasangan yang baru bercinta dan sedang bercinta. Sungguh besar perasaan yang dicipta oleh Allah S.W.T.ini. Tidak akan ...