Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011, bersamaan 1432H Sekejap sahaja sudah 8 hari kita ber'Raya kan. Semua juadah yang istimewa terhidang sudah di semua rumah-rumah saudara dan kenalan kita. Ketupat, lemang, sata, tak lupa juga dengan lauk pauk rendang, lodeh dan macam-macam lagi. Kuih-muih yang bermacam aneka. Pelukan kemesraan bersama Abah tercinta Pelukan kemesraan bersama Emak tercinta Pelukan dan salam kemaafan bersama Abah dan Emak tidak dilupakan pada pagi Raya. Dengan ucapan "Selamat Hari Raya Emak/Abah, ampunkan segala dosa yang dilakukan oleh saya secara langsung atau tidak langsung. Halalkan lah makan dan minum saya selama ini. Adek doakan kesejahteraan dan kebahgiaan kepada Emak dan Abah di Dunia dan di Akhirat. Segala yang berlaku dengan ketentuanNya untuk kita, adek terima. Terima kasih atas jagaan Emak dan Abah selama ini. Selamat Hari Raya sekali lagi". Dengan ber'Raya bersama keluarga sebelah Abah, menambahkan lagi keseronokkan dan keriang...